Monday, 19 September 2016

HOME




Memperkenalkan Enagic® Kangen Water®!

Enagic Co. Ltd. @ Enagic® merupakan sebuah entiti perniagaan global bertujuan untuk merealisasikan revolusi dalam kesihatan sebenar dalam bentuk kesihatan fizikal, kesihatan ekonomi dan kesihatan mental (spiritual) kepada semua orang. 

Tubuh manusia terdiri daripada 70% air! Adalah tidak keterlaluan untuk mengatakan bahwa “asas daya hidup dan kehidupan yang panjang adalah air”. 

Enagic® menawarkan air yang selamat yang boleh digunakan dengan keyakinan mendapat manfaat kesihatan, kecantikan, kebersihan dan kualiti masakan.

Selama lebih tiga dekad, Enagic®, sebuah syarikat terulung Jepun yang berpengkalan di Okinawa, telah menghasilkan Kangen Water® dengan teknologi air yang inovatif yang mengubah air paip biasa kepada air yang menghidratkan iaitu air alkali berion

Sistem Kangen Water® ini telah lama wujud sejak penubuhan syarikat Enagic Co. Ltd. pada tahun 1974 dan sehingga kini telah mendapat pengiktirafan dan pensijilan daripada pelbagai badan ternama dunia seperti Water Quality Association (WQA), International Standards Organization (ISO), Japanese Association of Preventive Medicine for Adult Disease (JAPA), The IEEU Environment Award, Japanese Ministry of Health & Welfare, SIRIM dan lain-lain.

Kini, di pasaran Jepun sahaja, Enagic® telah menjual lebih daripada 400,000 buah mesin air alkali berion Kangen Water
®. Dengan teknologi yang canggih, anda kini boleh memiliki sendiri mesin Kangen Water® untuk kegunaan dan keselesaan di rumah dan di pejabat. 

Kangen Water® mempunyai tahap pH antara 8.5 - 9.5 dan sedikit beralkali dan dapat membantu memulihkan dehidrasi badan anda. Sudah tentu anda dapat merasakan perbezaan dengan air Kangen yang bersih dan berkualiti!



Air Anda Dapat Ubah Hidup Anda

Anda tentu tahu betapa pentingnya air sebagai sumber minuman harian anda! 
Tetapi pernahkah anda pernah ambil peduli perbezaan di antara pelbagai jenis air minuman yang berada di pasaran? Sudah pastinya, tidak semua air adalah sama! Tetapi ada berita baik untuk anda: Kangen Water® sememangnya boleh mengubah kehidupan anda setiap hari! 

Ketahui lebih lanjut mengenai manfaat sihat dan kegunaan serba boleh Kangen Water® yang menjadikannya pilihan terbaik untuk menyokong KESIHATAN YANG SEBENAR!


Enagic® Sebagai Gaya Hidup
Enagic® amat berpegang teguh kepada prinsip 'hijau' sebagai gaya hidup yang lebih baik terhadap badan anda dan alam sekitar. Syukurlah, kini Kangen Water® sudah bersedia untuk membantu anda mewujudkan persekitaran rumah yang mesra alam, dengan menawarkan 'alternatif hijau' untuk pembersihan, berkebun dan lain-lain. 


Pelbagai Jenis Air & Kegunaan 

Mesin Air Alkali Berion Enagic® ini sebenarnya boleh menghasilkan lebih daripada 5 jenis air yang bermanafaat dan ianya bukan sekadar air minuman Kangen Water®! Terokailah pelbagai kegunaan dan manafaat kelima-lima jenis air Enagic® ini. Air Minuman Alkali Berion @ 'Drinking Water' (pH8.5, pH9.0 & pH9.5), 'Clean Water' (pH7.0), 'Beauty Water' (pH5.5 & pH6.0), 'Strong Acidic Water' (pH2.5) dan 'Strong Alkaline Water' (pH11.5) yang dihasilkan melalui proses elektrolisis - untuk keselesaan di rumah anda sendiri!

AIR

Perbezaan Antara Air Paip, Air Reverse Osmosis, Air Botol dan Air Ion Beralkali

"Water is the most important substance in the world. 
But NOT ALL water is created equal."

Air diakui sebagai tenaga kehidupan untuk semua hidupan. Bayangkan sebuah dunia tanpa air. Tidak dapat dibayangkan kerana tanpa air tidak akan ada kita. Tidak ada yang boleh menggantikan air yang digunakan untuk minum, mandi dan lain-lain. Bercakap tentang air, adakah anda tahu ia terdapat sekurang-kurangnya empat jenis air yang utama? 

Air-air tersebut adalah:
   -Air Paip
   -Air Suling dan Reverse Osmosis (R.O)
   -Air Botol (Termasuk Air Mineral)
   -Air Ion BerAlkali
Air Paip
Air yang digunakan oleh semua orang dan telah berkhidmat untuk kita selama beberapa abad. Ia telah dianggap sebagai sumber air yang utama di dalam dunia. Walau bagaimanapun, bergantung kepada bekalan air tempatan, air paip juga berbahaya kepada kesihatan kita disebabkan tahap klorin, bahan pencemar dan bahan-bahan kimia lain.
Air Suling dan Air Reverse Osmosis (R.O)
Perbezaan antara air ini dan air paip ialah air ini ditapis melalui rawatan khas bertujuan untuk mengeluarkan segala jenis kekotoran dan bakteria  yang air paip ada. Air yang dalam bentuk bersih seperti ini bukanlah jenis air yang sihat dan ia juga dikategorikan dalam jenis air berasid. Cara penapisan air ini juga telah menghapuskan semua zat-zat air untuk menjaga kebersihan air. Sesetengah produk-produk penapis air ini, ia tidak mampu menapis semua jenis bahan kimia yang ada dalam air paip seperti pesticides, herbicides dan klorin kerana molekul bahan kimia ini sangat kecil dan boleh melepasi penapis air itu.
Air Botol ( Termasuk Air Mineral)
Kemudahan air botol dan kepercayaan bahawa ia lebih bersih dari air paip selalunya disalah faham. Kebanyakan punca-punca air botol adalah air paip yang ditapis oleh reverse osmosis (R.O) kemudian dirawat dengan tambahan mineral tertentu untuk mengubah rasa atau untuk menunjukkan ia lebih memberi kesihatan. Tambahan mineral itu tidak memberi bukti yang kukuh untuk kebaikan kesihatan. Kebanyakan air ini mempunyai sifat asid dan sesetengahnya adalah sangat tercemar oleh bakteria dan kuman.
Air Ion BerAlkali 
Ini adalah air paip yang melalui proses elektrolisis dimana ia akan memisahkan ion air sama ada positif dan negatif. Kajian mengenai kebaikan air ini telah dijalankan di Negara Jepun. Ia mempunyai ciri-ciri anti-oksidan yang boleh melambatkan proses penuaan dan mencegah penyakit. Molekul air ini juga lebih kecil dan mudah untuk diserap ke dalam sel-sel badan. Walaupun terdapat ramai pengeluar yang berbeza, ia mempunyai perbezaan yang sangat besar dari segi kualiti dan potensi air ion beralkali yang dihasilkan.

KANGEN WATER

Apa itu Kangen Water®
Kangen Water®  adalah air yang lazat yang dicipta daripada teknologi air inovatif Enagic®Mesin Kangen Water® bukan sahaja berfungsi menapis air paip anda, tetapi ianya juga menghasilkan air alkali berion dan air berasid melalui proses elektrolisis. Setiap air yang dihasilkan melalui mesin Kangen Water® ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, termasuk untuk diminum, memasak, kecantikan kulit dan wajah serta untuk tujuan pembersihan.

Sejarah Kangen Water®
Selama beribu tahun tempat-tempat mata air di beberapa negara telah mengekalkan status lagenda sebagai sumber air semulajadi dikenali juga dengan 'Miracle Water' atau Air Ajaib yang mampu menyembuh pelbagai penyakit. Pada tahun 1950-an kajian telah dijalankan dan didapati satu persamaan 'Miracle Healing Water' ini mengandungi 'Active Hydrogen' atau lebih dikenali sebagai Air Alkali Berion.  

Kira-kira 35 tahun yang lalu, negara Jepun telah dilanda hujan asid yang telah mencemari air sungai dan ekosistem sekitarnya. Sekumpulan para doktor telah berkumpul untuk menyelamat dan memulihkan air yang tercemar kepada sifat asalnya. Sekitar tahun 1974, Syarikat Enagic Jepun dengan teknologi pengolahan air alkali telah mencipta mesin untuk keperluan hospital. Beberapa tahun kemudian teknologi ini telah diperkemaskan dalam satu mesin kecil bernama Leveluk SD501 untuk keperluan rumah tangga.

Perkataan "Kangen" bermaksud "Kembali Kepada Asal" dalam Bahasa Jepun

Sifat Unik Kangen Water®
Kangen Water® mempunyai 3 ciri atau sifat unik yang membantu meningkatkan kesihatan tubuh badan. 

Tiga sifat unik Kangen Water®:- 
   1. Anti-Oxidant 
  2. High Alkaline
  3. Micro-Clustering


1. Anti-Oxidant

Anti Oksida merupakan zat yang mampu memperlambat atau mencegah proses oksida seperti penuaan, penyakit dan berkarat. Kangen Water® memiliki ORP (Oxidation Reduction Potential) yang negatif iaitu kekuatan anti oksida. Minuman seperti air soda, air reverse osmosis (R.O.) dan air paip akan menyebabkan badan kita teroksida. 

2. High Alkaline 


Skala pH digunakan untuk mengukur adakah sesuatu bahan itu berasid atau beralkali. Skala pH ini bermaksud "potential hidrogen." Julat skala pH adalah di antara 0 hingga 14. Warna-warna yang ditunjukkan berkaitan dengan nilai-nilai skala pH seperti yang dapat dilihat apabila ujian cecair dilakukan. pH 7 adalah neutral; pH yang kurang daripada 7 adalah berasid; Manakala pH yang bacaannya lebih daripada 7 bergerak ke arah kealkalian. Maka pH badan yg berasid menunjukkan kita terarah kepada penyakit manakala pH badan yang beralkali menggambarkan kesihatan yang lebih baik.

"Tisu kanser adalah berasid, tisu yang sihat adalah beralkali." Sel kanser tidak boleh hidup di dalam badan yang beralkali. pH darah yang optimum adalah pada pH7.365 atau pH7.3, iaitu pH darah bayi sihat yang baru dilahirkan. Semakin usia kita meningkat badan kita mula mengumpul asid yang diperolehi dan disebabkan oleh beberapa faktor seperti pemakanan (makanan dan minuman), persekitaran dan perubahan sel dalam badan. 
Tahukah anda, badan kita juga boleh menjadi berasid apabila emosi kita berubah seperti bila kita berasa marah dan sedih? 
Oleh itu, kita seharusnya memastikan badan kita sentiasa beralkali dengan pengambilan makanan dan minuman yang sihat dan beralkali tinggi seperti Kangen Water® sekurang-kurangnya 4 liter sehari supaya badan kita tidak menyediakan persekitaran untuk sel kanser wujud dan terus hidup.

3. Micro-Clustering



Air Kangen mempunyai "Micro Clustering" atau Kelompok Molekul Mikro yang sangat kecil. Sebagai contoh air yang biasa kita minum tidak boleh menyerap secara cepat ke dalam tubuh dan mempunyai saiz molekul yang besar. Sebaliknya, jika air yang biasa kita minum boleh merembes atau menyerap keluar teh hijau tanpa perlu dipanaskan, bermakna air itu mempunyai molekul yang sangat kecil (micro-clustered) sehingga sangat cepat menyerap ke dalam sel tubuh.

Apa Kata Pakar Tentang Kangen Water®




Mengenai Air Suling dan Air Reverse Osmosis (R.O.) 
"Sure, it's pure. But at what cost? Water without minerals will scavenge them from your bones and everywhere else in your body as it moves through you. Water has inherent need for minerals and, if it doesn't have them, it will go find and take them..." "Pasti, ia adalah tulen. Tetapi apakah risikonya? Air tanpa mineral akan keluar mencari mineral dari tulang dan tempat-tempat lain di dalam badan anda kerana ia bergerak melalui anda. Secara fitrahnya, air mempunyai keperluan untuk mendapatkan mineral dan, jika ia tidak mempunyai mineral, ia akan pergi mencari dan mengambil mineral dalam tulang anda ... "


Bab 6, dari buku "Killing Cancer - Not People" oleh Bob Wright, Founder and Director, AACI http://www.americanaci.org




Kegunaan Kangen Water® Mengikut pH
5 Jenis Kangen Water® & Manfaat


1-Kangen Water® pH8.5 - 9.5 (Air minuman yang menyihatkan)
# Penyerapan - Melembutkan pelbagai bahan.
# Sifat Melarutkan - Melarut dan mengekstrak bahan dengan berkesan.

# Pengaliran Haba - Mempercepatkan waktu didihan dengan meningkatkan konduksi haba.

2- Clean Water pH7.0 (Air bersih dan Neutral)
# Semasa mengambil ubat-ubatan dan dalam susu formula bayi.

3- Beauty Water pH4.0 - 6.0 (Air untuk kecantikan)
# Untuk penjagaan kulit dan rambut, pembersihan pelbagai guna. 
# Mempunyai sifat astringent yang mengetatkan dan menegang kulit wajah agar kelihatan lebih muda dan cantik.

4- Strong Acidic Water pH2.5 (Air Antiseptik)
# Membasmi kuman dan micro organism - Air berasid kuat pH2.5 kebawah telah diluluskan sebagai pembasmi kuman makanan pada Jun 2002 yang selari dengan undang-undang kebersihan makanan, dikenali sebagai air asid hypochlorous. Kini ia digunakan untuk pelbagai jenis penggunaan termasuk untuk membersih dan membasmi kuma pada makanan dan kemudahan memasak.

5- Strong Kangen Water® pH11.5 (Air untuk membersih)
# Sifat Pembersihan - Melarutkan bahan dengan berkesan untuk pembersihan yang menyeluruh. Membersih sayur-sayuran dan buah-buahan dari racun seranggan dan bahan kimia.
# Konduksi Haba - Mempercepat proses didihan dengan meningkatkan konduksi haba.


Sistem Kangen Water
® 





Bagaimana Sistem Air Kangen Berfungsi?




Anugerah & Pengiktirafan



Syarikat Enagic®




PRODUK

Kangen Water telah digunakan di hospital-hospital Jepun selama lebih 30 tahun. Kini setiap keluarga mampu untuk memiliki sendiri 'Doktor Peribadi' di rumah.


                       Leveluk K8    Leveluk SD501 (Platinum)    Leveluk SD501    Leveluk Super 501    Leveluk JRII    Leveluk R    Anespa  

VIDEOS















HUBUNGI



Hubungi kami segera dan dapatkan Sistem Kangen Water pilihan anda hari ini juga!



Khairuldathran
Enagic Global Independent Distributor
Kuala Lumpur, MALAYSIA

019-9512098 (call /whatsapp)
email : khairuldathran@gmail.com