Monday, 19 September 2016

HOME




Memperkenalkan Enagic® Kangen Water®!

Enagic Co. Ltd. @ Enagic® merupakan sebuah entiti perniagaan global bertujuan untuk merealisasikan revolusi dalam kesihatan sebenar dalam bentuk kesihatan fizikal, kesihatan ekonomi dan kesihatan mental (spiritual) kepada semua orang. 

Tubuh manusia terdiri daripada 70% air! Adalah tidak keterlaluan untuk mengatakan bahwa “asas daya hidup dan kehidupan yang panjang adalah air”. 

Enagic® menawarkan air yang selamat yang boleh digunakan dengan keyakinan mendapat manfaat kesihatan, kecantikan, kebersihan dan kualiti masakan.

Selama lebih tiga dekad, Enagic®, sebuah syarikat terulung Jepun yang berpengkalan di Okinawa, telah menghasilkan Kangen Water® dengan teknologi air yang inovatif yang mengubah air paip biasa kepada air yang menghidratkan iaitu air alkali berion

Sistem Kangen Water® ini telah lama wujud sejak penubuhan syarikat Enagic Co. Ltd. pada tahun 1974 dan sehingga kini telah mendapat pengiktirafan dan pensijilan daripada pelbagai badan ternama dunia seperti Water Quality Association (WQA), International Standards Organization (ISO), Japanese Association of Preventive Medicine for Adult Disease (JAPA), The IEEU Environment Award, Japanese Ministry of Health & Welfare, SIRIM dan lain-lain.

Kini, di pasaran Jepun sahaja, Enagic® telah menjual lebih daripada 400,000 buah mesin air alkali berion Kangen Water
®. Dengan teknologi yang canggih, anda kini boleh memiliki sendiri mesin Kangen Water® untuk kegunaan dan keselesaan di rumah dan di pejabat. 

Kangen Water® mempunyai tahap pH antara 8.5 - 9.5 dan sedikit beralkali dan dapat membantu memulihkan dehidrasi badan anda. Sudah tentu anda dapat merasakan perbezaan dengan air Kangen yang bersih dan berkualiti!



Air Anda Dapat Ubah Hidup Anda

Anda tentu tahu betapa pentingnya air sebagai sumber minuman harian anda! 
Tetapi pernahkah anda pernah ambil peduli perbezaan di antara pelbagai jenis air minuman yang berada di pasaran? Sudah pastinya, tidak semua air adalah sama! Tetapi ada berita baik untuk anda: Kangen Water® sememangnya boleh mengubah kehidupan anda setiap hari! 

Ketahui lebih lanjut mengenai manfaat sihat dan kegunaan serba boleh Kangen Water® yang menjadikannya pilihan terbaik untuk menyokong KESIHATAN YANG SEBENAR!


Enagic® Sebagai Gaya Hidup
Enagic® amat berpegang teguh kepada prinsip 'hijau' sebagai gaya hidup yang lebih baik terhadap badan anda dan alam sekitar. Syukurlah, kini Kangen Water® sudah bersedia untuk membantu anda mewujudkan persekitaran rumah yang mesra alam, dengan menawarkan 'alternatif hijau' untuk pembersihan, berkebun dan lain-lain. 


Pelbagai Jenis Air & Kegunaan 

Mesin Air Alkali Berion Enagic® ini sebenarnya boleh menghasilkan lebih daripada 5 jenis air yang bermanafaat dan ianya bukan sekadar air minuman Kangen Water®! Terokailah pelbagai kegunaan dan manafaat kelima-lima jenis air Enagic® ini. Air Minuman Alkali Berion @ 'Drinking Water' (pH8.5, pH9.0 & pH9.5), 'Clean Water' (pH7.0), 'Beauty Water' (pH5.5 & pH6.0), 'Strong Acidic Water' (pH2.5) dan 'Strong Alkaline Water' (pH11.5) yang dihasilkan melalui proses elektrolisis - untuk keselesaan di rumah anda sendiri!