Apa itu Kangen Water®
Kangen Water® adalah air yang lazat yang dicipta daripada teknologi air inovatif Enagic®. Mesin Kangen Water® bukan sahaja berfungsi menapis air paip anda, tetapi ianya juga menghasilkan air alkali berion dan air berasid melalui proses elektrolisis. Setiap air yang dihasilkan melalui mesin Kangen Water® ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, termasuk untuk diminum, memasak, kecantikan kulit dan wajah serta untuk tujuan pembersihan.
Sejarah Kangen Water®
Sejarah Kangen Water®
Selama beribu tahun tempat-tempat mata air di beberapa negara telah mengekalkan status lagenda sebagai sumber air semulajadi dikenali juga dengan 'Miracle Water' atau Air Ajaib yang mampu menyembuh pelbagai penyakit. Pada tahun 1950-an kajian telah dijalankan dan didapati satu persamaan 'Miracle Healing Water' ini mengandungi 'Active Hydrogen' atau lebih dikenali sebagai Air Alkali Berion.
Kira-kira 35 tahun yang lalu, negara Jepun telah dilanda hujan asid yang telah mencemari air sungai dan ekosistem sekitarnya. Sekumpulan para doktor telah berkumpul untuk menyelamat dan memulihkan air yang tercemar kepada sifat asalnya. Sekitar tahun 1974, Syarikat Enagic Jepun dengan teknologi pengolahan air alkali telah mencipta mesin untuk keperluan hospital. Beberapa tahun kemudian teknologi ini telah diperkemaskan dalam satu mesin kecil bernama Leveluk SD501 untuk keperluan rumah tangga.
Perkataan "Kangen" bermaksud "Kembali Kepada Asal" dalam Bahasa Jepun
Sifat Unik Kangen Water®
Kangen Water® mempunyai 3 ciri atau sifat unik yang membantu meningkatkan kesihatan tubuh badan.
1. Anti-Oxidant
2. High Alkaline
3. Micro-Clustering
1. Anti-Oxidant
Anti Oksida merupakan zat yang mampu memperlambat atau mencegah proses oksida seperti penuaan, penyakit dan berkarat. Kangen Water® memiliki ORP (Oxidation Reduction Potential) yang negatif iaitu kekuatan anti oksida. Minuman seperti air soda, air reverse osmosis (R.O.) dan air paip akan menyebabkan badan kita teroksida.
2. High Alkaline
Skala pH digunakan untuk mengukur adakah sesuatu bahan itu berasid atau beralkali. Skala pH ini bermaksud "potential hidrogen." Julat skala pH adalah di antara 0 hingga 14. Warna-warna yang ditunjukkan berkaitan dengan nilai-nilai skala pH seperti yang dapat dilihat apabila ujian cecair dilakukan. pH 7 adalah neutral; pH yang kurang daripada 7 adalah berasid; Manakala pH yang bacaannya lebih daripada 7 bergerak ke arah kealkalian. Maka pH badan yg berasid menunjukkan kita terarah kepada penyakit manakala pH badan yang beralkali menggambarkan kesihatan yang lebih baik.
"Tisu kanser adalah berasid, tisu yang sihat adalah beralkali." Sel kanser tidak boleh hidup di dalam badan yang beralkali. pH darah yang optimum adalah pada pH7.365 atau pH7.3, iaitu pH darah bayi sihat yang baru dilahirkan. Semakin usia kita meningkat badan kita mula mengumpul asid yang diperolehi dan disebabkan oleh beberapa faktor seperti pemakanan (makanan dan minuman), persekitaran dan perubahan sel dalam badan.
Tahukah anda, badan kita juga boleh menjadi berasid apabila emosi kita berubah seperti bila kita berasa marah dan sedih?
Oleh itu, kita seharusnya memastikan badan kita sentiasa beralkali dengan pengambilan makanan dan minuman yang sihat dan beralkali tinggi seperti Kangen Water® sekurang-kurangnya 4 liter sehari supaya badan kita tidak menyediakan persekitaran untuk sel kanser wujud dan terus hidup.
3. Micro-Clustering
Air Kangen mempunyai "Micro Clustering" atau Kelompok Molekul Mikro yang sangat kecil. Sebagai contoh air yang biasa kita minum tidak boleh menyerap secara cepat ke dalam tubuh dan mempunyai saiz molekul yang besar. Sebaliknya, jika air yang biasa kita minum boleh merembes atau menyerap keluar teh hijau tanpa perlu dipanaskan, bermakna air itu mempunyai molekul yang sangat kecil (micro-clustered) sehingga sangat cepat menyerap ke dalam sel tubuh.
Mengenai Air Suling dan Air Reverse Osmosis (R.O.)
"Sure, it's pure. But at what cost? Water without minerals will scavenge them from your bones and everywhere else in your body as it moves through you. Water has inherent need for minerals and, if it doesn't have them, it will go find and take them..." "Pasti, ia adalah tulen. Tetapi apakah risikonya? Air tanpa mineral akan keluar mencari mineral dari tulang dan tempat-tempat lain di dalam badan anda kerana ia bergerak melalui anda. Secara fitrahnya, air mempunyai keperluan untuk mendapatkan mineral dan, jika ia tidak mempunyai mineral, ia akan pergi mencari dan mengambil mineral dalam tulang anda ... "
Bab 6, dari buku "Killing Cancer - Not People" oleh Bob Wright, Founder and Director, AACI http://www.americanaci.org
1-Kangen Water® pH8.5 - 9.5 (Air minuman yang menyihatkan)
# Penyerapan - Melembutkan pelbagai bahan.
# Sifat Melarutkan - Melarut dan mengekstrak bahan dengan berkesan.
# Pengaliran Haba - Mempercepatkan waktu didihan dengan meningkatkan konduksi haba.
2- Clean Water pH7.0 (Air bersih dan Neutral)
# Semasa mengambil ubat-ubatan dan dalam susu formula bayi.
3- Beauty Water pH4.0 - 6.0 (Air untuk kecantikan)
# Untuk penjagaan kulit dan rambut, pembersihan pelbagai guna.
# Mempunyai sifat astringent yang mengetatkan dan menegang kulit wajah agar kelihatan lebih muda dan cantik.
4- Strong Acidic Water pH2.5 (Air Antiseptik)
# Membasmi kuman dan micro organism - Air berasid kuat pH2.5 kebawah telah diluluskan sebagai pembasmi kuman makanan pada Jun 2002 yang selari dengan undang-undang kebersihan makanan, dikenali sebagai air asid hypochlorous. Kini ia digunakan untuk pelbagai jenis penggunaan termasuk untuk membersih dan membasmi kuma pada makanan dan kemudahan memasak.
5- Strong Kangen Water® pH11.5 (Air untuk membersih)
# Sifat Pembersihan - Melarutkan bahan dengan berkesan untuk pembersihan yang menyeluruh. Membersih sayur-sayuran dan buah-buahan dari racun seranggan dan bahan kimia.
# Konduksi Haba - Mempercepat proses didihan dengan meningkatkan konduksi haba.
Sistem Kangen Water®
Bagaimana Sistem Air Kangen Berfungsi?
Anugerah & Pengiktirafan
Syarikat Enagic®